Salam Sejahtera buat semua rakan dan taulan...
Alhamdulillah, segala Puji dan Syukur keHadrat Allah SWT.
Pada petang ini, mari kita berkongsi sebuah cerita kejayaan salah seorang Peserta D'Slim Lose Weight Programme yang dianjurkan oleh D'Aora Fitness Centre (DFC) Besut, Teregganu.
![]() |
Mrs Azlina @ Mok Ina |
Lantaran kesibukan beliau sebagai seorang usahawan dan juga suri rumah yang 'cas ligas' setiap hari beliau tidak sempat untuk memperuntukkan masa untuk bersenam atau beriadah. Rutin harian 'Mok Ina' adalah bangun pagi, bekerja dan mengasuh anak-anaknya seramai 5 orang. Langsung 'Mok Ina' tidak ada masa dan tidak berminat untuk mengikuti kelas Aerobik seperti rakan-rakannya yang lain. Baginya Aerobik cuma membuang masa dan tidak memberikan apa-apa faedah.
![]() |
Foto Mok Ina bersama rakan pada tahun 2014 Berat masa ni 118 kg. |
Tapi kini ...alamak!!! Berat badan Mak Ina dah bertambah dan bertambah sehingga mencecah 118 kg. "Alamak!!! Apa dah jadi dengan diriku ini"..keluh Mak Ina.
Hari-hari kian berlalu, Masa pantas beredar, musim pun berubah. Pada awal 2013, Mok Ina merasa sakit lutut lantaran berat badannya yang 'heavyweight' ibarat bas 2 tingkat. Masa nak berjalan atau masa nak megerjakan solat paling perit dan sengsara dirasakannya. Sakit sendi lutut amat terasa dan begitu terseksa hidup Mok Ina. Aduh! Aduh! itulah keluhan dan suara yang kerapkali kedengaran dari mulut Mok Ina.
Lantaran kesakitan yang sudah kerap sangat membuatkan Mok ina terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mendapatkan ubat.Tetapi masalah lututnya masih tak selesai,
![]() |
Dulu-dulu..... |
Maka Mok Ina pun mula mencari no telefon D'Aora Fitness. Mok Ina masih ingat lagi nombornya. 0177069818. Selepas dapat nombornya, Mok Ina pun membuat temujanji dan datang ke D'Aora Fitness Centre yang terletak di Alor Lintang, Besut Terengganu.
![]() |
Mok Ina telah berjaya menghilangkan 55 kg |
First time masuk ke fitness dan jumpa ownernya Pn FANORA(sayer lerrr hehehe..) Mok Ina lagi terkujat..olohhh..simple jer tuan dia,kecik molek jerr,ingatkan gaya DIVA rambut blonde ala minah saleh tusss, rerupanyerr bertudung litup dan sopan cam ustazah jerr orangnyerr..
Selepas pertemuan maka Mok Ina decide la nak ambik Program D'Slim ni, pada hari yang sama juga Mok Ina berdebap duduk di sofa yang disediakan (penuh ngan Mok Ina sorang jer sofa 3 seat tuss) untuk melihat-lihat dulu kelas aerobik di D'Aora ni sebab bunyi kata tersohor sangat....ramai ladies dok tergila-gila nak join..Mok Ina ni tak minat aerobik tau...
Dan.... akhirnya, Mok Ina tukar persepsi tentang aerobik,
![]() | ||||||
Mok Ina kini 63 kg |
8 minggu selepas join Program Dslim, Mok Ina turun 20kg, Mok Ina break program sekejap kerana pregnant dan melahirkan anaknya baby 'shubecca' yang cute,
Selepas bersalin , Mok Ina sambung balik dan follow semua aktiviti kecergasan D'Aora fitness tanpa jemu.
Kini hasilnya sangat membanggakan. Asal daripada saiz 'Bas 2 tingkat' Mok Ina berubah ibarat saiz sebuah kereta 'ferrari spor't yang jadi idaman semua orang. Mok Ina cakap....."Saya tak mahu kurus lagi, dah, cukup setakat ini, saya sangat jatuh cinta ngan badan saya kini.". Kini Mok Ina meneruskan rutin hariannya dengan bellydance (favouritenya tu), zumba dan stepboard.
Demikianlah sedikit cerita Kisah Kejayaan Mok Ina yang telah berjaya mencapai berat yang Ideal bagi dirinya. Penurunan sebanyak 55 kg telah mengubah hidupnya sekarang. Tiada lagi masalah sakit lutut dan sakit sendi yang membelenggu Mok Ina.
Jika anda-anda yang berminat untuk dislimkan sila whassup saya di nombor 0177069818 fanora)
Call: 0177069818 :
D'Aora Fitness Centre, Alor Lintang Besut Terengganu
D'AORA FITNESS CENTRE